"Be a girl with a mind, a woman with an attitude, and a lady with class" - Marina O








Hanis. Muslim. 18. KBR, MY
italic bold


NETWORK



FOLLOW ME









STORIES



Hi Oops!



Ultras Naim
21 June 2013
Assalamualaikum,

Hari ni aku nak kongsi tentang kewujudan kumpulan dikir barat 'ULTRAS NAIM' di SMKA NAIM LILBANAT yang kini sedang melonjak naik *cehh.
Pada mulanya, sempena hari guru, cikgu2 telah membahagikan kepada setiap tingkatan untuk membuat persembahan. Time tu aku tingkatan dua and batch aku telah dipilih untuk membuat persembahan dikir barat manakala tingkatan satu, koir dan tingkatan empat, sketsa. Tingkatan tiga, lima dan enam dikecualikan sebab diorang exam.
Pada mulanya ramai yang tak nak join sebab dikir barat ni kan selalunya lelaki yang buat and kitaorang takde basic pun. Tapi demi nak jaga hati dan perasaan cikgu so kami 30 orang awalnya memang paksa diri join jgk.
Kami berlatih dengan bersungguh-sungguh dengan solo kami IZNI ADLINA *emong. Kitaorang google cari lagu dikir barat best dn hafal step pergerakan semua tu. Smpai lewat berlatih pun dh tk kesah sbb kami dh rasa enjoy dgn dikir barat ni. Solo kami selalu suruh kami buat bersungguh-sungguh mcm buat persembahan di peringkat kebangsaan.
Pada hari persembahan, kami tak percaya yang dikir barat kami mendapat sambutan yang meriah dari awal persembahan sehinggalah kami keluar dewan.
Bermula pada saat itulah, dikir barat kami mendapat pujian di seluruh sekolah terutamanya cikgu2.
Bukan setakat itu sahaja persembahan kami. Baru-baru ini sekolah telah menganjurkan satu KARNIVAL BAHASA DAN ICT. Yang lebih hebat, karnival ini adalah di peringkat KEBANGSAAN dan sekolah dri luar negeri pun join. Tapi yang lebih hebat lagi, pasukan dikir barat kami di'request' untuk membuat persembahan pada majlis penutup karnival itu.
Apa lagi terlompat kami semua, siapa sangka dikir barat yang dibuat hanya untuk peringkat sekolah akhirnya sampai ke peringkat kebangsaan. Siapa sangka kan?
Ramai yang kata berkat mulut masin solo kami yang sering mengulangi kata-katanya itu.
Alhamdulillah, sambutan pada kali ini lebih hebat sehingga tetamu VIP kami, PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH TIMUR teruja dengan persembahan kami, dan PENGETUA tidak henti-henti tepuk tangan semasa kami membuat persembahan.
AKU BERHARAP KUMPULAN KAMI TIDAK BERAKHIR DI SINI!


Kalau korang nak tengok persembahan dikir barat kami sila tengok di link ini:

me 

0 comments

0 Comments:

Post a Comment




N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by Fluerica.
Do you know?Honesty is the best policy in life