"Be a girl with a mind, a woman with an attitude, and a lady with class" - Marina O








Hanis. Muslim. 18. KBR, MY
italic bold


NETWORK



FOLLOW ME









STORIES



Hi Oops!



SMS Jeli
5 June 2015

Hai, sebenarnya aku dah malas nak ber'trowback' pasal hal ni. Tapi aku rasa nak ber'trowback' jugak. So layan je lha. Untuk pengetahuan, thun ni aku dah officially 16 y/o (tingkatan 4). So seperti yg korang tahu tahun lepas aku exam PMR PT3. Lepas je exam aku tak tahu kenapa, jiwa aku mengatakan yang aku dapat keputusan yg kurang memuaskan dan aku akan meninggalkan sekolah aku, SMKA Naim Lilbanat. sebab kalau nak stay kena dapat sekurang-kurangnya 5A dan lulus BA. time exam trial sbelum PT3 aku hanya dapat 3A. so memang aku putus angin la nak stay.

Dengan muka tak semegahnya, aku mintak MRSM. tak malu kan. aku rasa memang aku kena ambik tali pengukur jahit mak aku dan ukur badan sendiri. dan dengan muka tak malu nya lagi aku pun mintak la MRSM Pengkalan Chepa. hahaha. lucu gila. so, aku pun pilih la nak periksa UKKM dekat MRSM PC. dapat la jugak aku masuk sekolah tu walaupun aku tahu aku takkan dapat sekolah tu. Ye lha, mrsm bitara tu. bukan calang-calang orang boleh masuk. top mrsm di Malaysia doe. Sampai dekat sana, aku terjumpa tiga orang kawan sekolah aku. ramai jugak yang datang. aku tengok muka sorang-sorang confident gila. entah apa yg confident pun aku tak tahu.

Disebabkan ramai yg datang, so kena bahagikan dengan dua kumpulan. aku dapat kumpulan pertama. so pergi lha aku ke makmal 1. 3 orang lagi kawan aku sekali untuk kumpulan kedua dan ke makmal 2. aku pun dah lupa berapa jam kena jawab soalan. Soalan yang dia bgi ialah berdasarkan subjek BI, Math, Science dan soalan pasal diri sendiri. aku punya lha jawab dengan berhati-hati dan check beberapa kali untuk dapatkan jawapan yg terbaik. tapi, last-last aku yg antara terlambat hbis jwb. bru aku tahu, jwb soalan ni kena bijak dan cepat. tak boleh berlengah sangat. tapi, tak jadi yang last la. orang lain. hehe. tpi aku memang tabik la soalan yg dia bgi. bukan soalan yg senang-senang nak tembak je. aku pun mula-mula nak tembak je, tapi peluru tak keluar doe. huhu

Ok. hbis psal mrsm. sbp pulak. nak mohon sbp dia lewat skit dri mrsm. sbb dia kena isi sekali result PT3. aku isi pun bila sekolah dah start. so, disebabkan aku tak boleh ke mrsm. aku berpaling tadah ke sbp. aku mohon SMS Machang, SMS Pasir Puteh dan SMS Tengku Muhammad Faris Petra. yang ni pun aku rasa kena ukur baju di badan sendiri jugak. semua sekolah yg aku mintak semua top sekolah sbp dekat Kelantan. tpi ok je. result PT3 yg aku dapat pun tk teruk sngt. lepas la syarat nak mohon sbp. hehe aku tak fikir panjang dan mintak je. lama lepas tu, dah boleh check result. sekali lagi jiwa aku semput. tiga-tiga tak dapat doe. sedih lagi. sebenarnya aku dan dua orang lagi kawan aku yang sepakat mintak sbp ni.

Then, lama lepas tu, keluarlah result sbp time. Time rehat, salah sorang kawan aku ckp mak dia call dia dapat SMS Jeli. *dia tinggal asrama, aku tak. so aku pun, 'nak jugak'. aku pun dengan hampanya balik rumah. tak sempat turun kenderaan lagi, adik aku keluar dengan bawa surat dekat tangan. dia cakap 'anis dapat pergi ke SMS Jeli'. Tuhan je tahu perasaan aku time tu, happy sangat. tapi srsly aku ckp, aku memang terbelah bagi antara stay Naim atau ke Jeli. mak dan ayah aku memang tak bagi dari dulu lgi aku pindah, tapi aku yg degil nak mohon jgk. so tawaran dah ada depan mata. niat aku memang nak pergi pun. sebabnya, aku nak lari dari belajar subjek BA. bukan susah pun BA tpi aku yg menyusahkannya. hehehe. so aku pun hntr la chat dekat kwn aku tu, aku panggil dia Cenna. aku ckp dkt dia yg aku pun dpt pergi jgk. dia pun happy jgk. and kitaorang mmg bercadang nak pindah sesama.

tarikh tutup nak daftarkan diri pulak sekejap je. surat tu sampai rumah hari Khamis, dan last daftar hari Khamis mnggu depan. time tu mmg aku blur sngt. tk thu nak buat pilihan mcm mana. ramai la jgk yg aku tanya pendapat. tk ketinggalan jgk aku buat solat sunat istikharah, rasa mcm nak kahwin pun ada. agaga. aku ada tanya sorang ustz ni, kesian dia kena jwb soalan aku yg berjela. byk jugak dia bgi ceramah dekat aku. tpi msuk 20% je. hehe. sorry ustz. better la tu, orng lain bgi nasihat ad yg tk msuk terus, ad yg 0.99%  je, ad yg 5% je. haha.tpi kebanyakan orng yg ceramah dekat aku majoriti tak bgi aku pergi. bnyk doe alasan diorang bgi, antaranya; sekolah bru tu sekolah campur, mesti lama nak sesuaikan diri, belum tentu dekat situ terbaik, sekolah tu jauh, takut aku ni homesick la, and mcm-mcm lgi.

aku terpaksa buat-buat dengar apa yg diorang ckp, walaupun jiwa aku merintih nak pergi sana. aku pernah cakap dekat kawan aku, aku ni ibaratkan badan je berada dekat Naim, tapi jiwa aku dekat Jeli. so aku memang putus asa nak pujuk parent aku. mereka tetap dengan keputusan mereka. i need to stay here. and, kan aku ad cerita yg aku buat solat sunat istikharah kan? pada hari Rabu sbelum hri last daftar tu, aku ad mimpi yg aku dan Cenna beratur nak beli makanan dekat kantin sekolah tu. mesti korang terfikir mcm mana aku blh thu tu sekolah Jeli. sebabnya, aku nampak beberapa orang lelaki pun ad dekat situ. sekolah aku sekarang mana ad lelaki. so aku beranggapan aku berada di Jeli. so, aku nak buat apa dah, esok dh last daftar. mak dan ayah aku takkan dengar pasal mimpi aku ni. so keputusannya memang aku kena stay dekat Naim. sedih tu memang ad. ustz pun ad cakap, mak dan ayah kita tahu apa yg terbaik untuk kita.

dia jugak pernah tanya aku, aku tak suka skolah Naim ke. aku cakap ok je dengan sekolah ni. tpi masalahnya dengan subjek BA ni je sekarang. fr yr imformation, aku dapat 24% utk periksa PKBS1 BA. *G1. hahaha. rosak result aku. subjek lain ok je, BA satu je. dia tak pe lha ustz. msti pndai BA. sbb tu senang je dia ckp BA ni senang je. aku geram je nak jumpa pengetua nak cakap yg aku nak drop BA untk SPM thun depan. blh tk?. *tk blh la masalahnya. sekolah aku wajib ambik BA walau apa jua sekali pun.

so aku pun dah lenguh tangan nak menaip. panjang jugak kan. agaga. so apa pendapat korang kalau jadi aku? msti redha je kan. aku dah terlebih redha la ni. huhuhu. ok lha. thats all luahan hati ku. bye


me

0 comments

0 Comments:

Post a Comment




← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by Fluerica.
Do you know?Honesty is the best policy in life