"Be a girl with a mind, a woman with an attitude, and a lady with class" - Marina O








Hanis. Muslim. 18. KBR, MY
italic bold


NETWORK



FOLLOW ME









STORIES



Hi Oops!



Pengalaman UKCG 2017
28 April 2017
Assalamualaikum,
Hari ni aku nak cerita sikit pengalaman aku menghadiri ujian kelayakan calon guru (ipg). aku mohon dan dapat ujian tu dekat IPG Kampus Kota Bharu. pakaian perempuan baju berkolar lengan panjang wrna gelap atau hitam. seluar track biru atau hitam. tudung gelap atau hitam. kasut sukan. bwk surat tawaran, surat akuan, surat beranak (tpi dia tk mintak pun), ic, pensil, pemadam. dekat surat tawaran tu dia sruh datang pkul 11 untuk taklimat, pkul 12 ujian bertulis dan pukul 2:30 ujian kelayakan fizikal (ukf). sbagai seorang calon guru yg berwibawa *cehh so aku smpai situ pkul 10:30. parking kereta and guard ad tanya aku kelompok berapa. aku cakap aku kelompok 2 dan guard tu suruh aku pergi ke blok C *rasanya lha. aku dan mak aku pun prgi dekat blok tu dn check nama. jumpa nama tu aku tandatangan untk mengesahkan kehadiran. aku dan kawan aku sekali untuk kelompok 2. dia tk smpai lgi time tu. so aku dan mak aku tunggu dekat pondok untk taklimat nnti. punya tunggu smpai pkul 11 tngk2 tkde pun taklimat. ad sorang pakcik ni aku tak tahu apa jawatan dia dekat sana, tapi dia cakap tkde taklimat dan suruh kitaorang yg belum makan tu blh makan dlu dan datang semula dekat dewan untuk ujian bertulis. so tunggu lagi. mak aku dah blik time tu sbb dia kerja. time tu pun kwn aku dh smpai. tunggu lagi dn bila dah pkul 11 tu kitaorang ke dewan untuk ujian bertulis.

Masuk dewan duduk ikut nombor meja yg ditetapkan. cikgu dekat sana bagi kertas soalan dan kertas omr. ada bahagian A dan bahagian B. bahagian A ada 135 soalan dn bahagian B ad 60 soalan kot. jawab dlm masa 45 minit. bahagian A kena jwb wajar dan tak wajar je. bahagian B kena jwb sangat tidak betul, tidak betul, betul dan sangat betul. mmg kena jwb tu spontan. kalau baca soalan lambat lepas tu fikir pulak jawapan mmg masa tk sempat. aku pun siap seminit awal dan sempat la jugak semak dua tiga soalan. lepas tu bgi balik kertas omr dan kertas soalan.

Keluar dewan tu kami dibawa ke dewan kuliah gitu. dia bagi penerangan pasal ujian kelayakan fizikal petang nnti. ad tunjuk video mcm mn nk buat. kena ukur tinggi, berat, bmi, tekan tubi bervariasi(ada lima jenis), jangkaun melunjur, pumping, dan bleep test. time tu bru nak masuk zuhur. so dia cakap pukul 2 berkumpul dekat dewan dalam asrama. so kitaorang keluar cari makanan. aku dan kwn aku beli roti je. yelah kalau makan makanan berat tak ke muntah aku nak buat ukf. kitaorang shopping dkt koperasi dia je. lepas tu prgi cari musolla. mula2 mmg tk jumpa. puas pusing satu ipg tu. dahla luas. baru nak fed up cri tetiba bunyi azan dari musolla situ. so mmg rahmat betul. kami pun ikut suara azan tu je lha. nmpk semua prgi arah tu, kitaorang ikut arah tu. then baru jumpa. dekat belakang kantin rupanya. habis solat semua tu kami terus cari dewan nak buat ukf tu.

Sampai dekat dewan tu baru ad tiga orang baru daftar. kami dua orang datang bru jdi lima. kiranya terawal la jgk. tick nm dekat kertas and ambik kertas kecik untk tanda markah nnti. kitaorang tunggu dlu dekat luar sementara tunggu yg lain. tk lama lepas tu ramai yg datang dftr. beratur panjang uuu. nasib baik datang awal. lps tu dia panggil 20 kot sruh masuk dewan dlu. kami pun masuk. letak beg dekat tepi and dia sruh buat lima barisan. datang la dua lelaki tunjuk buat warm up dkt depan. lepas hbis semua dia bhagikan dua baris ukur tinggi dan berat, satu baris buat tekan tubi bervariasi, satu baris buat pumping, and satu baris lgi buat jangkaun melunjur. barisan aku kena buat tekan tubi dlu. so kitaorang kena baring then buat yg first dlu (tapak tangan sentuh lutut). semua boleh buat. second (siku sentuh lutut) semua blh buat jgk. third (silang tangan dekat perut) yg ni pun semua boleh buat. forth (silang tngn belakang kepala) yg ni aku dn dua orang lgi tk boleh bngun. dasyat betul. dia pijak kaki akuu dn aku yg lain boleh bangun. fifth (silang tangan pegang skapula) yg ni lgi la aku tkleh bangun, ad jgk senasib dgn aku. dia pijak jgk kaki aku dan aku boleh bangun dgn bangganya. fyi semua ni sekali buat je. tpi up to cg tu la. kwn ak ukf sehari sebelum aku kena buat lima kali setiap tu.

Habis yg tu aku prgi ukur tinggi dan berat. lepas tu pegi buat pumping. aku dapat buat 24 je. dia tk bgi masa pun just buat selagi mmpu. malu la jugak duk mcm tu. dahla yg tanda markah tu lelaki. lepas tu pergi pulak dekat jangkaun melunjur. aku dahla sakit kaki sebab tiga hari sebelum ukcg aku buat latihan lari mcm nk rak. bengkak urat weh. mmg skit je la aku boleh tolak kayu tu. 34 je. huhu. yg dah siap empat ni kami rehat jap. lepas tu dia sruh semua duk tepi and dia sruh separuh dlu buat bleep test. aku lepas tu. lari la diorang ni. pling tinggi dpt 3.5. fyi stage 1 ad 7 kali ulang. 2 ad 8 kali ulang. 3 ad 9 kali ulang. kalau tak silap la. blh check blog orng lain untk confirm kan lgi. A ke B sejauh 20m. A ke B stage 1.1. B ke A blik stage 1.2. dn mcm tu la sterusnya. aku dapat 2.4 je pftttt. lantai mozek licin kot. kasut aku pulak tk melekap sngt. mmg meluncur la. huhu.

Habis semua tu. kumpulan kedua pulak msuk dewan. kitaorang keluar dlu. letih doe. kaki mcm dh nk cramp. ok la ad pengalaman. stakat tu je kot. tunggu bulan lima nnti layak ke tak nak temuduga ipg ni. so wish me luck.

aku sebelah kiri dn kawan aku.



me

0 comments

0 Comments:

Post a Comment




← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by Fluerica.
Do you know?Honesty is the best policy in life