"Be a girl with a mind, a woman with an attitude, and a lady with class" - Marina O








Hanis. Muslim. 18. KBR, MY
italic bold


NETWORK



FOLLOW ME









STORIES



Hi Oops!



Pengalaman Temuduga IPG
23 May 2017
Assalamualaikum,
Hari ni aku nak cerita pulak pengalaman temuduga IPG aku semalam. so kira aku ni lepas la ukcg hari tu. alhamdulillah. aku dapat temuduga ni di tempat yang sama aku kena ukcg. ipg kampus kota bharu. aku kena daftar pukul 8 pagi dan aku sesi 4. so aku sampai sana dalam 7:40 pagi. mak aku hantar dan dia terus pergi kerja sebab ayah aku yang akan tunggu aku dekat sini. so aku dan ayah aku pun pergi cari tempat daftar. agak susah nak cari sebab ipg ni luas. cari punya cari, tanya semua orang yang ada then jumpa la orang ramai duk berkumpul bawah bangunan satu tingkat. pergi la sana. dekat situ untuk bilik a,b,c,d,e,f,g,h,i,j,k,l kot. aku bilik g. so mula-mula tunggu dulu bwh tu. lupa nak cakap aku pakai baju kurung, tudung bawal, kasut bertumit, nametag dan blazer. pergh segak nak mati. hehe. then turun sorang panel ni cakap yang suruh semua calon naik atas. sampai atas dia suruh pergi tunggu depan bilik masing-masing. bilik aku betul-betul depan tangga. so akan sesak sikit depan tu.

panel pun panggil calon-calon sesi 1. dia mintak semua dokumen tu then dia cakap maybe satu sesi dalam sejam lebih. dia cakap kalau kitaorang nak turun bwh duk dengan parent dulu pun takpe. pergi makan dulu ke. tapi jangan jalan-jalan jauh sangat nanti susah nak cari. so aku dan yang lain turun dlu pergi makan. dalam pukul 11:30 aku pergi balik dekat bwh dewan tu. tunggu dekat situ. then panel panggil aku naik dalam pukul 12:15. naik tu dia mintak file dan suruh tulis nama atas kertas pelekat dan tampak dekat baju atau blazer. lepas tu panel sorang lagi pergi mana tah, kena tunggu dia dulu. lepas dia datang dia suruh kitaorang masuk. semua skali 9 orang(sorang lelaki) sebab campur sesi 3 dan sesi 4. ramai gak la. masuk dalam yang perempuan letak beg dekat meja belakang then dia panggil ikut nama suruh duduk. lepas tu dia cakap la sikit2 tahniah dapat hadir temuduga dan lain2.

mula-mula dia sruh perkenalkan diri dan kenapa minat nak jadi guru. dia cakap ikut la sape nak start dulu. semua senyap tak nak start. aku pun beranikan diri perkenalkan diri dan kenapa aku minat jadi guru. lepas tu orang lain smbung. habis semua. dia tanya personal psl subjek yang kita apply. aku dapat bm. sekali dengan aku ada tiga orang bm, dua orang mt, dua orng sc, sorang sej, sorang pendidikan awal kanak2. dia tk bnyk tanya pasal fakta, tapi bnyk psl kbat. so bersiap sedia dengan pengetahuan am korang untuk best sikit nak hurai.

lepas tu dia tanya pulak berkaitan dengan hasrat yang kita tulis dekat kertas tu. tips mula2 jangan tulis hasrat yang pelik2. nnti dia tanya, korang akan susah nak explain. senang tulis hasrat yang orang mudah faham je. dia akan tanya kita sampai dia puas hati.

then ada kerja berkumpulan. dia bagi masa 20 minit. kitaorang sembilan orang ni dapat tugasan pasal hari guru. tugasan dia adalah untuk menghargai jasa guru dan pastikan semua di handle oleh pelajar. maklumat tambahan dia bagi suruh rahsiakan drpd pengetahuan guru. pentadbir je tahu. kira nak buat suprise la ni.

kitaorang pun bincang.........
habis bincang sruh tulis dekat whiteboard. semua taknak tulis sebab cakap tulisan tak cantik la. aku pun perasan tulisan cantik offer la diri nak tulis. so tulis la. tetiba pulak tulisan aku jadi cantik betul. ekekekke. siap aku tulis. kitaorang semua explain berdasarkan point masing2. hbis semua tu duduk balik dan panel cakap la ayat penutup. sebelum tu dia ada cakap yang mcm mana kalau tetiba kpm tak nak taja budak ipg, rasanya nak masuk jugak tak ipg. kalau nak angkat tangan. kitaorang semua angkat tangan. cehhhh

k tu je. doakan aku lulus temuduga ni. hehe thanks

0 comments

0 Comments:

Post a Comment




← O L D E R P O S T






© 2013 - Layout created by Fluerica.
Do you know?Honesty is the best policy in life