"Be a girl with a mind, a woman with an attitude, and a lady with class" - Marina O








Hanis. Muslim. 18. KBR, MY
italic bold


NETWORK



FOLLOW ME









STORIES



Hi Oops!



Pengalaman Temuduga UPNM 2017
17 May 2017
Assalamualaikum, hari ni aku nak cerita serba sedikit tentang temuduga upnm aku hari tu. aku dapat iv tu di Kem Batu 10, Kuantan, Pahang. tu nama singkat dia, sbb nama panjang dia aku lupa. di kem ni dia iv untuk student yang apply Asasi Kejuruteraan dan Teknologi dan Asasi Pengurusan dan Strategi je. untuk Asasi Perubatan dia buat dekat UPNM. dak2 medic lain. hoho. k. time mula2 aku dapat iv ni aku memang happy gila. so aku ckp dekat parent aku yg aku dapat iv ni. diorang berat sikit nk bagi aku pergi sbb diorang ckp aku perempuan dan tak sesuai dengan benda2 lasak. so aku mula2 aku agak la redha jgk tpi dlm hati ad niat nak pergi jugak. aku tahu keputusan tu hari jumaat dan kena pergi hari selasa tak silap aku. dan hari pun berlalu hingga hari ahad tetiba ayah aku cakap pergi lah sebab dia bincang dengan kawan-kawan pejabat dia dan diorang cakap suggest suruh pergi sbb masuk u tu ada elaun. mashukkkk. mak aku time terpaksa lepas aku pergi sebab ayah aku dah bagi green light. so ayah aku teman aku buat blood test and x-ray sbb tu je yg dia nk. tk perlu medical check up. memang kalut time tu. nak fotostat ic, surat beranak, sijil dn lain-lain. dahla semua tu nak lima salinan. penat oh. then pergi beli tiket bas naik isnin malam. so smpai dlm pkul 5 dkt stesen bas kuantan. kitaorang tk pergi dgn kereta sendiri sbb kereta dh kena bushhhhhh *langgar. so duk repair skarang.

sbelum tu aku call dlu bahagian kemasukan pelajar ni tanya diorang serba sedikit contoh, budak rabun mcm aku ni kena stay tak dekat situ. so dia ckp siapa2 yang layak akan stay dekat situ lagi dua hari. aku punya la bawak baju untuk stay dua hari. hampeh. sehari pun tak sampai. nnti aku ckp kenapa. lepas tu aku tanya lagi diorang memang ambik ke kitaorang yg smpai dkt stesen bas tu bawak pergi kem. diorang ckp ya ambik. erm ya la sngt. erm. yg ni pun nnti aku crita lepas ni.

so kitaorang pun naik bas mlm tu. memang ramai sekali dengan aku mlm tu. ad yg dtng satu kumpulan dri kampung sama, semua lelaki. aku ni agak la malu jgk, sbb aku pakai spek nak pergi pulak iv untuk masuk u askar. memang malu. sangat. aku tak expect pun nak jadi kadet, aku blh jadi awam pundah kira syukur. senang sangat nak cam diorang nak iv skali dgn aku sbb diorang bwk file x-ray tu. yg tu mmg tkleh sorok. aku punya la nak sumbat dlm beg tk boleh sbb nnti patah la benda tu. mahal kot. so aku tebalkan kan muka bwk benda tu dgn beg besar dgn harapan blh stay. so naik bas. then aku tidur sepanjang perjalanan.

sampai dekat stesen tu aku jumpa dgn sorang kwn sekolah aku. dia jumpa kwn baru sebab dia smpai dlu. dlm pkul 4. aku jumpa kwn baru yg duduk belakang seat aku. so kitaorang cri tempat duduk dulu sementara tunggu azan subuh. sorang nama fatin, dia budak mrsm. sorang lagi nama umi budak sbp. dn kawan skolah aku nama aslah, budak sbt *cehhh. so lepas azan kitaorang pergi mandi, bersiap dan solat. dlm pkul 7 lebih kitaorang siap. time tunggu tu aku lagi sekali malu sebab aku sorang pakai spek. semua pandang aku mcm aku dh terkentut satu stesen dengar. lagi sekali tebal muka aku. dekat situ kami empat orang je perempuan. so tunggu orang askar mari ambik sebab diorang ckp pkul 8 diorang ambik sini. tunggu punya tunggu bayang pun tak nampak. dah nak pukul 9 dah ramai pergi sendiri dgn sewa teksi. sbb last daftar pkul 10 pgi. kitaorang pun dah malas tunggu then we decided pergi jgk dgn teksi. satu teksi bayar 30 ringgit. pergi dua teksi. kami empat naik satu teksi dan ayah aku, ayah fatin dan abang aslah naik satu teksi. umi datang sorang.

smpai dekat sana kitaorang berempat masuk dewan untuk daftar. parents semua tnggu luar. ramai gila dh sampai. tempat duduk semua dh penuh. kitaorang pun berdiri la situ. then diorang ckp sape tk daftar lagi pergi daftar dekat depan. lagi sekali aku malu. time nak daftar tu semua orang askar. sorang ni ckp ''tak lepas syarat ni'' smbil pndang mata aku. nasib baik aku penyabar gais. time dftar tu diorang bagi nametag yg gantung dekat leher tu.


yang tali warna merah tu aku punya, asasi kejuruteraan dn teknologi. yg biru tu aslah punya, asasi pengurusan dan strategi. then duduk dulu tunggu giliran ukur tinggi, berat, bmi, blood test, dan mata. so kitaorang pun pergi ukur tinggi dlu. kwn-kwn aku yg lain tk lepas. so kena duduk blik dlu. aku lepas sbb aku 160cm cehhhh. then pergi buat blood test. bp aku tinggi woo. tk tinggi mcm mn lapar doe. dh la nervous. fyi semua yg duk situ semua askar. so dia sruh aku duduk balik. 15 minit lagi datang blik. so duduk la blik aku. lepas 15 minit aku pergi balik. then normal balik. lepas tu check mata. yg ni mencabar. mula2 check buta warna ke tidak. pakai spek dengan tak. aku lepas. time uji rabun ke tak, time pakai spek okla 6/6. bila buang je hampeh 6/60. power aku tinggi kot +3.75. so yg ni pling malu. dhla tepi aku tu barisan budak laki. time aku tak nampak sebut huruf tu ad sorang cakap ''balik awal ni'' . pergh nasib baik aku perempuan. grrrr. lepas tu duduk blik. tunggu orng lain yg tk lepas tinggi tdi hbiskan bp test dgn mata.

 ni keputusan penuh aku

sape yg lepas stakat ni ad lagi kertas di atas tu dgn dia. aku dgn fatin lps lgi. so askar yg bertugas sruh bgi kertas tu dkt dia and perempuan blh pergi mkn dan solat dulu. yg laki perlu check semua tu dulu. ramai gila diorang. kalau nk bnding dgn perempuan 1/4 drpd lelaki. so bila boleh keluar dewan tu jumpa parent kitaorang dlu. then pergi mkn solat and datang blik dewan. lelaki pulak pergi mkn dan solat. then bila semua berkumpul balik. askar tu pnggil sape yg tk lepas dh diorang blh blik. aku dan fatinn blh stay lgi untuk pergi check gigi. so keluar dewan tu yg tinggal dlm 50 kot perempuan. then kitaorang diberi file dlm tu ad kertas untk check gigi. lepas tu smpai la dua buah trak askar. pergh megah gila dia datang. then dia ckp naik benda ni pergi check gigi. cantekkkk. dahla pakai baju kurung and kasut tinggi. lagi sekali cantekkk. askar ni pun baik ambik kerusi untuk kitarong naik. sekali angkat kaki nak pijak tempat nak naik tu dah sampai betis doe terselak. malu doe. then diorang pun bwk kitaorang pergi klinik askar tu. jauh gak. dahla dia bwak trak tu main hentam je. nak sawan kitaorang duk dalam tu. tpi best la. first and last unforgettable experience ever. smpai dkt klinik tu diorang sruh isi borang tdi and ckp serba skit klau nk msuk lepas ni kena ckp ''Assalamualaikum Tuan''. pergh. 

lupa nak cakap time isi borang tu dia panggil beberapa orng sruh pergi blik dekat dewan tu sbb sruh check blik bp. so tinggal skit je dkt situ. fatin kena blik semula ke dewan. hbis check semua kitaorang blik ke dewan semula. then dia pnggil kitaorang yg lepas pergi check gigi ni datang meja depan. berbaris la kitaorang. dia pnggil no satu2 then aku pun kena. dia bgi kertas. dia ckp ''awak semua terpaksa digagalkan atas sebab ada tanda pen merah atas kertas awak'' aku pun tengok kertas aku. dia tanda pangkah guna pen merah dekat tulisan mata. aku dah agak dah. so dia ckp terima kasih sebab datang. ramai jugak tak lepas sebab mata. yg tak lepas blh hntr blik tag nama tu dgn file yg dia bgi tdi. yg tak panggil nama blh duduk blik. agak la kecewa. dah kena blik. huhu

lepas tu aku pergi dekat kaunter pelajar awam untuk daftar jdi student situ. aku bgi semua dokumen yang dia nak dan dia iv aku sikit je. dia tanya aku sertai kokurikulum apa dekat sekolah then selesai. dia akan cakap aku blh ke tidak bila keputusan upu keluar nnti. lepas tu pergi hantar blik nametag dn file. lepas tu dia buat laporan kenapa aku tk lepas dn kena tandatangan dn blh blik. sbelum tu aku salam2 dgn kwn2 aku dekat sana termasuk fatin dn blah. so habis crita aku. blik tu tk malu. yg malu bila kena angkut file x-ray tu. malu gila doe. nmpk sngat tk lepas. 
 
 

- so keputusan upu keluar semalam dan aku tak dapat. lagi sekali aku kecewa. tkpe lah aku redha. Allah dah tentukn yg terbaik untuk aku di tempat lain. result spm aku pun rendah, kokurikulum aku punsikit. huhu. kbye

ini dia. aku pakai tudung pink dekat blakang. sebelah aku umi. depan aku aslah. yg pakai baju biru duk termenung tu fatin. hehe





0 comments

0 Comments:

Post a Comment




← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by Fluerica.
Do you know?Honesty is the best policy in life